Sunday, May 29, 2011

LOVE ♥

Disebabkan se saje TERbuka laman web psl tips ni , hahha , so nak tulis la kat blog :P
Tips bagi mereka yang putus cinta :) , aku tau rmai yang nak tau ni :)

Ok, terus kepada tajuk utama.Apakah perkara yang perlu dilakukan untuk tenangkan hati akibat putus cinta ni?

1. Luah kepada orang yang tersayang
Luahkan & kongsi masalah yang korang hadapi dengan orang-orang yang rapat dengan korang terutamanya keluarga. Ibu adalah pendengar yang setia. Percaya la. Kongsikan dengan rakan-rakan terdekat. Sekurang-kurangnya ada yang mendengar. Meluah dapat mengurangkan tekanan dalam fikiran. Bagi sesiapa yang ada blog tu, boleh luahkan kat blog tapi jangan over sangat. Jangan risau la, pasti ada yang akan memahami, yang akan bagi kata-kata semangat , yeahhh :)

2 Simpan semua pemberian/hadiah
Masa bersama dengan si kekasih dulu, mesti ada hadiah atau barangan yang diterima kan? Hadiah hari jadi, hari-hari biasa pun tetap dapat jugak kan? Tak payah kelentong la, aku tau. Haha. Kenapa simpan ? yelah kalau tk simpan , mesti kte igt kat dia kalau hadiah tu ade depan mata kite kan ? . Baik buang je ? Okay , buang lagi bagus , tp seelok-eloknya simpan je lahh . Mana tau ade jodh lagi.

p/s: kalau aku , buang je terus , hoho :O

 3 . Cari kawan yang berlainan jantina
Kalau korang yang putus cinta ni si gadis, berkawan la ramai-ramai dengan si jejaka & begitu lah sebaliknya. Berkawan pun jangan sampai melampaui batasan adab & agama ya? Ingat tu. So, dengan mempunyai kawan yang berlainan jantina, korang kena fikir yang korang masih ada ramai pilihan untuk dijadikan teman hidup. Masih ramai lagi yang sudi mendekati korang. Masih ramai lagi yang lebih baik. Ada paham?

 4.Jangan bersendirian
Kebanyakkan orang yang putus cinta ni suka duduk sorang-sorang, bersendirian, berkurung dalam bilik dan lain-lain lagi yang seumpamanya. Jangan, jangan terlalu mengikut perasaan. Bukannya tak boleh, tapi jangan sampai terpisah dengan dunia luar. Luangkan masa dengan keluarga & kawan-kawan. Okay ? hehehe .

 5. Ingat esok masih ada!
Dunia dah berakhirkah kalau si dia tinggalkan korang? Masa depan korang dah hancur kah kalau si dia pilih yang lain? Banyak lagi perkara yang lebih penting untuk korang fokus selain masalah cinta. Ambil peluang setelah putus cinta ni untuk fokus kepada keluarga, kepada pelajaran atau kerjaya! Best tau. Dah takde komitmen, boleh fokus sepenuhnya kepada perkara lain. 

6.Elakkan dengar lagu sedih
Dah la jiwa tengah kacau, perasaan tak menentu, layan pulak lagu jiwang. Nak masuk dengan jiwa la katakan. Jangan. Kalau macam tu yang sedih makin pedih. Dengar lagu-lagu yang memberi semangat sikit :)

7. Kerana dirimu begitu berharga!
Jangan rendah diri kalau ditinggalkan. Ingat, korang ada SATU saja di atas muka bumi ni. Takde korang yang ke-2,ke-3 dan seterusnya. Hargai diri sendiri. Rasakan diri korang ni hebat. Mampu dapat yang lebih baik dari si dia. Dan jangan lupa muhasabahkan diri korang, jangan lupa perbaiki diri agar lebih baik di masa hadapan. Well, if you're hoping for someone better, you deserve to be better first!

8. Menangis
 Ada orang cakap, entah apa-apa nangis sebab putus cinta & bla bla bla. Ada juga yang cakap don't cry over someone that won't cry over you.Ok, for me, menangis tu salah satu cara meluah perasaan. Meluah melalui titisan air mata yang deras mengalir (cheewaahh lagii untuk aku.Macam tuuttt!) Takde la, jangan la menangis sebab si dia, menangis sebab sedih dah la, nangis sebab hati sakit. Jangan ditahan kalau nak nangis tu. Makin ditahan makin tak menentu.Kalau boleh, nangis la di samping orang tersayang. Kalau boleh, nangis kat riba mak.Olololo comeyh!

p/s : aku tau aku comel , ngeh ngeh :p

9. Bayangkan bakal pasanganmu
Yang ni macam psiko diri sendiri. Kena betol-betol paham apa yang aku cakap kalau nak tips ni berkesan. Ok, korang imaginekan siapa bakal pengganti si dia. Imagine macam mana korang akan bertemu nanti, macam mana kisahnya. Imaginekan si dia yang bakal kahwin dengan korang nanti mesti comel/cute/hensem/baik/penyayang. Mesti korang rasa happy punya!

p/s : nak cri hensem macam FIZO OMAR :)

10. Cari pengganti
Boleh ke korang nak sayang orang lain dalam keadaan korang yang masih sakit & merana tu? (Cheewaaahh lagi! hehe) Lupakan la pasal couple-couple ni kalau dah putus cinta. Tapi kalau korang boleh jamin yang korang takkan permainkan insan lain semata-mata mahu mengubati hati/membalas dendam akibat putus cinta ni, boleh je cari pengganti. Bina hidup sebaiknya. Itu yang terbaik. Tapi jangan jadi playboy/playgirl, terutamanya PLAYBOY. Cukup tak suka dengan playboy. Ingat la yang ni, kalau kita aniaya orang, esok lusa kita yang akan kena balik.

11. Dengan mengingati Allah S.W.T., hati akan menjadi tenang
Tips ini adalah yang TERPENTING. Teguhkan pegangan agama. Perbanyakkan & pertingkatkan ibadah. Selalu berdoa agar dikurniakan hati yang tenang, diberkati hidup. Perbanyakkan solat sunat seperti solat sunat hajat, solat sunat istikharah, solat sunat taubat & solat sunat tahajud. InsyaAllah hidup akan lebih bahagia, lebih tenang. 

sekian , cube la try yeee anak anak semua , ngeh ngeh :)
cylala <3